Norman Ajak Abby Berlakon Balik Dalam Gerak Khas, Ini Jawapan 'Inspektor Aleeza'!

Hiburan
Norman Ajak Abby Berlakon Balik Dalam Gerak Khas, Ini Jawapan 'Inspektor Aleeza'!
Jika anda masih ingat, Abby Abadi pernah popular dengan watak ikonik Inspektor Aleeza dalam drama kepolisan Gerak Khas suatu ketika dahulu.

Malah, Abby juga pernah mencipta fenomena menerusi wataknya bersama Datuk AC Mizal dalam Gerak Khas The Movie.

Terbaharu, Norman berseloroh menerusi entri di Instagramnya mengajak Abby untuk kembali berlakon dalam drama yang bakal memulakan penggambaran musim terbaharu tidak lama lagi.

"Datuk Yusof Haslam suruh stand by, lagi sebulan nak start shooting Gerak Khas musim baru.

"Dan yang kedua dia minta pesan pada Abby Abadi stand by juga untuk diserap masuk semula dalam Gerak Khas.

"Itu ini begitu begini last sekali saya call Abby minta Datuk Yusof Haslam cakap sendiri dengan puan punya badan.

"So now decision is yours Abby," tulis Norman yang terkenal dengan watak Inspektor Haris sejak musim keempat Gerak Khas.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ziarah ukhwah & silaturahim diatas jemputan doa selamat dari mentor & guru saya dalam bidang seni,bisnes & kehidupan @datuk_yusofhaslam & @dpatimah012 ,orang yg banyak berjasa dlm hidup saya, yang akan berangkat menunaikan ibadah umrah pd 19 Nov. ini . . Kalau kitaorang jumpa & sembang mmg tak ingat dunia.Nasib baik la bawak [email protected] yg cuit lengan suruh berenti jap duduk makan😅 . . Tapi topic utama sembang;yang pertama @datuk_yusofhaslam suruh standby, lagi sebulan nak start shooting #GerakKhas musim baru & yg kedua dia mintak pesan pada @abby_abadi112 standby jugak utk diserap masuk semula dalam #GerakKhas . . Itu ini begitu begini last sekali saya call @abby_abadi112 mintak @datuk_yusofhaslam cakap sendiri dgn puan punya badan.So now decision is yours @abby_abadi112 👮🏻‍♀️

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on


Namun ini jawapan Abby!

"Macam mana nak buang lelemak berlebihan ni Norman Hakim. Help! Hahahaha," tulis Abby.



Perbualan itu menarik minat netizen yang mahukan Abby untuk kembali berlakon dalam drama popular itu.

Malah, ada yang inginkan pelakon-pelakon lain antaranya Datuk AC Mizal dan Farid Amirul (Detektif Lim) untuk berlakon semula dalam Gerak Khas.

Artikel Berkaitan