Pelakon dan penyanyi, Erra Fazira akui sedih dan sayu atas pemergian Allahyarham Zaibo yang meninggal dunia semalam.

Erra mendedahkan terlalu banyak kenangannya bersama Zaibo atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abdul Hamid, 62, yang diingatinya hingga kini.

“Abang Zaibo yang saya kenali, sangat baik orangnya.. seorang abg dan ayah yg tak lokek ilmu dan selalu memberi nasihat. Kami pernah berlakun bersama.. pergi menunaikan umrah bersama..

“Baru rancang dengan kak intan utk ziarah abg Zaibo besok.. tapi Allah lebih dahulu menjemput abg Zaibo.. Ya Allah.. sayu hati ini kehilangan insan yg sgt baik hati ini.. meskipun sudah lama tidak ketemu, keramahannya, kebaikkan sentiasa melekat di hati.

“Aabang zaibo sangat pandai masak, malah ada antara resepi nya saya pegang hingga ke hari ini..

“Ya Allah, ampunkanlah segala dosa2 abg Zaibo dan terimalah segala ibadahnya walau sekecil zarah.. moga dgn rahmatMu, Dikau letakkan dia dikalangan hambaMu yg beriman dan menjadi penghuni syurga kelak. Amiiinnnnn...

“Moga damai dan bahagia disana abg Zaibo.. Salam takziah buat seisi keluarga. .
Teman2, mari kita sama2 sedekahkan AlFatihah buat arwah Zainal Ariffin Abdul Hamid (zaibo) moga Allah tempatkan beliau bersama hamba2 yang soleh.. amiiin,”
tulisnya.

Erra meluahkan rasa sayunya itu di akaun Instagram (IG) miliknya.

Zaibo menghembuskan nafas terakhir di sisinya, anak-anak dan keluarga terdekat 1.30 petang semalam di kediaman mereka di Batu Pahat, Johor.

Sebelum ini, Allahyarham pernah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh bagi menjalani rawatan lanjut selepas dirujuk oleh Hospital Batu Pahat.

Pelakon yang mencipta nama menerusi sitkom Spanar Jaya itu mulai merasai tanda-tanda sakit dua minggu selepas Aidilfitri lalu.

View this post on Instagram

Innalillahiwainnailaihirojiun.. Abg Zaibo kini telah tiada, dia telah kembali kepadaNya ?? .. Sesungguhnya mati itu pasti.. dunia hanya sementara.. . Abg Zaibo yg saya kenali, sangat baik orangnya.. seorang abg dan ayah yg tak lokek ilmu dan selalu memberi nasihat. Kami pernah berlakun bersama.. pergi menunaikan umrah bersama.. ?? . Baru rancang dgn kak intan utk ziarah abg Zaibo besok.. tapi Allah lebih dahulu menjemput abg Zaibo.. ? Ya Allah.. sayu hati ini kehilangan insan yg sgt baik hati ini.. meskipun sudah lama tidak ketemu, keramahannya, kebaikkan sentiasa melekat di hati. Abg zaibo sangat pandai masak, malah ada antara resepi nya saya pegang hingga ke hari ini.. ??. . Ya Allah, ampunkanlah segala dosa2 abg Zaibo dan terimalah segala ibadahnya walau sekecil zarah.. moga dgn rahmatMu, Dikau letakkan dia dikalangan hambaMu yg beriman dan menjadi penghuni syurga kelak. Amiiinnnnn... Moga damai dan bahagia disana abg Zaibo.. Salam takziah buat seisi keluarga. . Teman2, mari kita sama2 sedekahkan AlFatihah buat arwah Zainal Ariffin Abdul Hamid (zaibo) moga Allah tempatkan beliau bersama hamba2 yang soleh.. amiiin. ALFATIHAH.

A post shared by Erra Fazira (@errafazira) on