Pelakon Syatilla Melvin tergamam melihat lakonan suaminya, Shaheizy Sam yang merupakan bintang utama untuk filem Polis Evo 2 (PE2).

Syatilla berkongsi pandangannya terhadap PE2 menerusi satu video pendek di ruangan IG story miliknya sejurus tamat tayangan perdana filem tersebut semalam.

Menurut Syatilla, dia memberikan markah penuh untuk filem berkenaan.

“Polis Evo terbaik, tujuh bintang, lapan bintang, sembilan bintang, sepuluh bintang. Markah penuh untuk Polis Evo 2. Terbaik,” ujarnya.

Sementara itu, menerusi entri terbaru di Instagramnya, Syatilla mengakui lakonan suaminya tidak mengecewakan.

“Sayang, awak tak mengecewakan kami @shaheizy_sam. POLIS EVO 2 ANOTHER LEVEL LAAAAAA!! #polisevo2,” tulisnya.

Sayang,awak xmengecewakan kami @shaheizy_sam ????????POLIS EVO 2 ANOTHER LEVEL LAAAAAA!! #polisevo2

A post shared by S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla) on

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya menytakan rasa tidak sabar untuk menantikan tayangan sekuel PE2 tidak lama lagi.

BACA: Sebelum Menonton, Ini 13 Karakter Berprofil Tinggi Yang Perlu Anda Tahu Dalam Polis Evo 2

Masih mengekalkan pelakon asal seperti Shaheizy Sam dan Zizan Razak, wajah-wajah baru dalam PE2 ini juga tidak kurang hebatnya.

Antaranya, Raline Shah, Hasnul Rahmat, Erra Fazira, Hairul Azreen, Soffi Jikan, dan Syafie Naswip.


Polis Evo 2 terbitan Astro Shaw, Surya Citra Media (SCM) dan produksi oleh BlackFlag ini bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 22 November ini.

Foto: Instagram @samtilla