"Tak Logik Wajah Tak Berubah .." - Netizen Tidak Percaya Wajah Norman Hakim Kekal Muda

Hiburan

Pelakon terkenal, Norman Hakim mendapat perhatian ramai apabila berkongsi foto ketika zaman persekolahannya.

Norman berkongsi dan memuat naik sekeping foto dirinya memakai pakaian sekolah bersama rakannya di laman Instagram (IG) sempena peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
 

Rata-rata netizen memuji ketampanan Norman yang tidak berubah dari zaman sekolah sehingga sekarang.

"@drizharariff: Tak logik..Wajah tak berubah mengikut usia..Ajaib."

"@nur_aysha_syahindah: Sama tak berubah."

"@syasyasafiai: Kenapa mukanya tak berubah ni..Ni gambar 2 tahun lepas ke?"

"@yanaadorea: Masyaallah, muka maintain je sampai sekarang, handsome..Hero pujaan wanita."

"@ida_jr: Maintain hensem adik @normanhakim_786." 

Peperiksaan SPM 2018 telah bermula semalam dan akan berakhir pada 13 Disember depan.
 

Artikel Berkaitan