"Muka Omma Pun Iras Daddy .." - Farah Lee Sakat Netizen Apabila Samakan Muka Anak Macam Ally

Hiburan

Bekas isteri pengacara Ally Iskandar, Farah Lee bergurau mengenai rupa paras anaknya, Maream Esbel yang dikatakan seiras dengan bapanya, Ally Iskandar.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.

Farah berseloroh dengan menyatakan dia yang melahirkan Maream dengan berat 3.28kg secara normal, 'induced' serta tidak mengambil epidural.
 

"Pada yang selalu cakap muka Maream sebijik daddy tu, at least bagi lah sikit kat omma yang beranakkan Maream 3.28kg secara normal, induced dan tanpa epidural ni," tulis Farah.

Kapsyen tersebut diletakkan bersama  hashtag #nakcakapmukamacamdaddyjugakikutlah #sebabmukaommapunirasdaddy #tapijodohtakpanjang #berdosapercayamitostu

Rata-rata pengikut Farah di laman Instagram memberikan respon terhadap kapsyen tersebut.

Ada yang terhibur dengan hashtag Farah, malah ada yang berpendapat muka Maream seakan ibunya.

"@ladyqissra: Sama omma la."

"@zulizajupri: Sama la omma..Tang pipi tu."

"@ismisuria: Sebijik macam omma..Mata sama, senyuman sama."

"@zuraida_adiaruz: Senyuman macam omma."

"@nieeinqis: Senyuman ikut omma."

Farah dan Ally pernah mendirikan rumah tangga tetapi mahligai yang dibina hanya berkekalan selama empat tahun.

Mereka disahkan bercerai pada Ogos 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Maream Esabel.

Artikel Berkaitan