Usahawan popular, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui kagum dengan pengorbanan yang dilakukan oleh isterinya, Datin Seri Shahida sejak daripada awal perkahwinan mereka.

Menerusi entri di Instagram (IG), Aliff berkongsi kisah kehidupannya sebelum bergelar usahawan yang berjaya sehingga membuatkan netizen berasa sebak.

“Jangan ditukar ganti isteri yang susah dan senang bersama kita sebab itulah kunci kejayaan. Memori ini saya tak boleh lupakan, ketika 10 tahun lepas ketika saya bekerja makan gaji RM1600 dan saya terpaksa berniaga partime di pasar tani bersama isteri saya ketika panas terik.

jgn ditukar ganti isteri yg susah dan senang bersama kita sbb itulah kunci kejayaan ... . . . . memori ni sy tak boleh lupakan.. ketika 10tahun lepas.. ketika saya bekerja makan gaji rm1600 sy terpaksa berniaga partime di pasar tani bersama isteri saya ketika panas terik.. krn kami juga nak berjaya mcm org lain ketika itu .. dan wife sy pernah cakap “b kalau kita dah senang sy nak pergi umrah setiap tahun boleh tak? tak kesahlah ambik pakej umrah paling murah jalan dari hotel 10kilo pun tak apa asalkan dpt jejak ketanah suci setiap tahun sbb saya rasa tenang disana” sy tak sangka skrg menjadi rialiti dan sy mampu... .. . janji sy selagi sy mampu sy akan tunaikan impian awak @shahidadherbs kalau itu yg awak rasa bahgia..sbb saya bukanlah suami sempurna jauh sekali yg terbaik buat isteriku @shahidadherbs tapi sy belajar menjadi suami yg terbaik dan terus belajar utk menjadikan suami terbaik utk keluarga kita.. lagi ni dan lirik ini amat bermakna buat saya dan sy tujukan khas utk isteriku @shahidadherbs yg tiada penganti di dunia ini... doakan kalau ada rezki tahun depan sy teringin nak kesana juga satu keluarga juga..???? . . .. kalau nak tngok full video kisah kami sila pergi dekat youtube sy Tv Terlajak Laris . Jgn lupa Subcribe tau sebab ade macam2 info yg sye nak share pd korang tqq

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on


“Kami juga nak berjaya macamm orang lain ketika itu dan wife saya pernah cakap ‘b kalau kita dah senang saya nak pergi umrah setiap tahun boleh tak? tak kesahlah ambik pakej umrah paling murah jalan dari hotel 10 kilometer pun tak apa asalkan dapat jejak ke tanah suci setiap tahun sebab saya rasa tenang disana’.

“Saya tak sangka sekarang menjadi realiti dan saya mampu. Janji saya selagi saya mampu saya akan tunaikan impian awak @shahidadherbs kalau itu yang awak rasa bahagia.

“Saya bukanlah seorang suami yang sempurna jauh sekali yang terbaik buat isteriku @shahidadherbs tapi saya belajar menjadi suami yang terbaik dan terus belajar untuk menjadikan suami terbaik untuk keluarga kita.

“Lagu dan lirik ini amat bermakna buat saya dan saya tujukan khas untuk isteriku @shahidadherbs yang tiada penganti di dunia ini.

“Doakan kalau ada rezeki tahun depan saya teringin nak kesana juga satu keluarga juga,” tulisnya.

Rata-rata mengakui sebak dan kagum dengan pengorbanan yang dilalukan oleh Aliff untuk menunaikan hajat isterinya.

Dalam perkembangan lain, syarikat jenama D'Herbs milik Aliff telah menjadi penaja utama program Gegar Vaganza musim kelima (GV5).

Peringkat akhir GV5 akan berlangsung pada 18 November ini ditayangkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.

Layari laman web www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut.