Pelakon Shima Anuar berkongsi sekeping foto bersama anak perempuannya, Marian Sophia yang berusia 11 tahun.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.

Di ruangan kapsyen, Shima meluahkan rasa teruja melihat anaknya membesar dengan cepat.

"Happy 11 months old Marian Sophia, mana baby saya yang sebesar botol air Spritzer tu?

"She is a big girl now, 1 month to go to 1 year old.

"I taknak you besar, nanti dah kahwin you tinggal Mommy.

"Anak baru nak masuk setahun tapi dah fikir jauh!" tulisnya berseloroh.

Happy 11 months baby mommy @mariansophia12 ?? Where is my baby yg sebesar botol air mineral spritzer tu..?? ? She is a big girl now! 1 month to go to 1 year old. I didn’t prepare anything yet for you. Because urmmm entahhh.. I tak nak u besar. Nanti dah besar dah kawin, u tinggal mommy. ?(laahhhhh anak baru nak masuk setahun, tp dah jauh fikir hahahaha! ?) But 1 thing for sure, today mommy nak buat ur bank account. Simpan duit for you. For your better future. Hang pi belajaq tempat elok2, nanti besaq gheja elok2, boleh bawak mommy travel, belikan mommy handbags and shoes. Daddy tak payah, dia dah banyak duit. ? So yeah, that is my plan. Sila baca ni bila dah besar nanti kay..? (Because mommy akan claim betul2 nanti ?) Love you baby girl! ❤️

A post shared by Shima Anuar Official Account (@shimaanuar) on


Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen telah memuji kecomelan Marian dan menyifatkan Shima sebagai seorang ibu yang 'sweet'.

Shima mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2010 dan sering muncul menerusi lakonan dalam filem serta drama tempatan.