Bekas bintang Gegar Vaganza 5 (GV5), Linda Rafar akui mempunyai sebab tertentu kurang memuat naik foto bersama suami di akaun Instagram peribadi miliknya.

Disebabkan perkara itu, Linda memberitahu dia dihujani dengan pertanyaan netizen mengenai status rumah tangganya dengan pelakon, Syed Aiman.

Linda bagaimanapun menjelaskan dia masih lagi bersama suami dan lebih selesa berkongsi foto anak-anak dan hal berkaitan dengan aktiviti seni.

“Linda dah suami dah berpisah ke? - Linda dan suami masih bersama. InsyaAllah hingga ke syurga.

“Kenapa Linda jarang post picture suami? - Suami saya kurang suka pict dia dia post di mana-mana sosial media.

“Banyak betul soalan netizen bila tengok Linda kurang post gambar dan video live bersama suami.

“Sebenarnya kita kurang suka nak post selalu gambar suami takut ada orang yang tak suka dan cakap asyik promote suami dia je.

“Itu yang Linda lagi suka post picture anak dan aktiviti kerjaya Linda sahaja. Harap lepas ni puas la hati netizen yang asyik tanya pasal suami saya @syedaiman75,” tulisnya.

Linda dah suami dah berpisah ke?? -linda dan suami masih bersama Insyaallah hingga ke syurga Kenapa linda jarang post picture suami?? -Suami sy kurang suka pict dia dia post di mne2 sosial media Banyak btul soalan nitizen bila tgk linda kurang post pict n video live bersama suami..actually kita kurang suka nk post selalu pict suami takut ada org yg x suka n ckp asyik promote suami dia je ?‍♀️ tu yg linda lagi suka post picture anak dan activiti kerjaya linda shj.. harap lepas ni puas la Hati nitizen yg asyik tanya pasal suami sy @syedaiman75 ?.. tq papa check in kan mama n kids di @elementkualalumpur We love u ??

A post shared by LRFlawlessProducts (@lindarafar) on

Linda menjelaskan perkara itu menerusi satu posting di akaun Instagramnya baru-baru ini.

Terdahulu, Linda menerusi perkahwinan pertama bersama Keifli Othman telah dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Rezaril Keiflin, 17 dan Rezaiman Keiflin, (meninggal pada usia 12 tahun pada 2014).

Manakala perkahwinan kedua bersama Syed Aiman adalah pada 2 Disember 2006.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga anak lelaki iaitu Syed Rezaqiib, 10, Syed Rezariiq, 7, dan Syed Rezaliif, 2 tahun.

Foto: Instagram @lndarafar