Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.
"Tengok SPM korang berapa, saya takdalah pandai sangat akademik ni, tapi praktikal untuk hidup ada lah," tulisnya sebagai kapsyen.
Berdasarkan foto tersebut, Abam telah mengambil lapan mata pelajaran iatu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Pengurusan Makanan, Fizik dan Kimia.
Peperiksaan SPM 2018 telah bermula pada hari ini dan akan berakhir pada 13 Disember depan.