Pelakon popular Indonesia Luna Maya mengakui hubungannya dengan kekasih Reino Barack tidak dapat diselamatkan lagi kerana tak mendapat restu daripada keluarga.

Menurut laporan Kapan Lagi.com, Luna berharap agar orang ramai dapat mendoakan dirinya supaya dapat bertemu pengganti kekasihnya itu.

"Sejak awal lagi memang kami mempunyai masalah besar dengan keluarga dan semua orang tahu mengenai perkara itu.

"Saya tidak dapat menipu dengan apa yang terjadi sebelum ini dan sejak awal lagi saya susah untuk mendekatkan diri dengan sesiapun.

"Kami mengambil keputusan untuk berpisah dan memilih laluan hidup masing-masing.

"Diharapkan agar orang ramai dapat mendoakan yang terbaik untuk saya dan dapat bertemu penganti pada masa depan," katanya.

Selepas lima tahun menjalinkan hubungan cinta, Luna dan Reino mengambil keputusan untuk berpisah baru-baru ini selepas hubungan mereka tidak mendapat restu daripada keluarga.

Sumber: Kapan Lagi.Com