Aktres popular, Rita Rudaini berkongsi sekeping foto berserta kapsyen berunsur sindiran.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.

Menurut Rita, individu tersebut sentiasa mengambil tahu tentang kehidupan sehariannya seolah-olah tiada kehidupan sendiri.

"Saya tak cantik dan tak letop macam awak, tapi saya ada life, awak takda life ke?

"24 jam ingat kat saya, bangun pagi, makan dan tidur semua nak fikir pasal saya," tulisnya sebagai kapsyen.

Sementara di ruangan komen, rata-rata pengikut Rita memuji kejelitaan yang dimiliknya serta meminta dia bersabar menghadapi perkara itu.

Sisturr xcantik,sisturr xletop mcm sis..tp sisturr ada LIFE...sis xde LIFE ke? 24jam ingat kt sisturr je...bgn pg ingat sisturr,mkn ingat sisturr,tido ingat sisturr ?

A post shared by Rita Rudaini (@ritrud727) on


Rita mula menjejak kaki di industri hiburan tanah air pada tahun 1998 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini menerusi lakonan dalam filem serta drama tempatan.