Pelakon Rozita Che Wan mengucapkan selamat buat calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal menduduki peperiksaan tersebut bermula hari ini.

Menerusi Instagram miliknya, Rozita atau Che Ta turut menjadi perhatian pengikutnya selepas memuat naik foto memakai baju uniform sekolah menengah bersama beberapa pelakon lain termasuk Izreen Azminda.

“Kepada calon peperiksaan SPM yang bermula esok, semoga dipermudahkan dan kami doakan agar anda semua berjaya dan cemerlang," katanya.

Rata-rata pengikutkan serta rakan artis turut tertarik dengan penampilan Che Ta berbaju sekolah.

Malah, rata-rata turut memuji Che Ta yang tetap nampak cantik dan menarik biarpun dalam uniform sekolah.

Kepada calon peperiksaan SPM yang bermula esok, semoga dipermudahkan dan kami doakan agar anda semua berjaya dan cemerlang," . . #tbck #kakmarr @izreen.azminda

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on