Pelakon Polis Evo 2 (PE2), Shaheizy Sam akui ibu kesayangannya Khaty Fauziah risau melihat cara dia bekerja.

Menurut Sam, dia sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi tuntutan watak yang dibawa.

“Apa sahaja tentang hidup saya boleh tepis tetapi fasal kerja saya punya tekanan lain.

“Saya jadi takut sebab kita mempersembahkan diri kita untuk orang tengok dekat wayang.

“Jadi kalau saya tak boleh muncul dengan baik, benda itu akan menghantui saya sampai bila-bila.

“Adakalanya mummy pun risau juga. Dia pesan, kerja, kerja lah tetapi jangan sampai macam itu, memudaratkan diri.

“Tetapi bagi saya, benda lain boleh main-main tetapi fasal kerja saya tak boleh,” ujarnya.

Selain Sam, filem itu juga turut menggabungkan bintang dari Indonesia dan Singapura antaranya Raline Shah dan Hasnul Rahmat.

Manakala bintang lain yang terlibat adalah Zizan Razak, Erra Fazira, Hairul Azreen, Soffi Jkan, Shafie Naswip dan ramai lagi.

Polis Evo 2 terbitan Astro Shaw, Surya Citra Media (SCM) dan produksi oleh BlackFlag ini bakal menemui penonton menerusi pawagam seluruh negara mulai 22 November depan.



Terdahulu, Sam pernah dimasukkan ke wad kecemasan kerana mengalami sesak nafas dan kebas separuh badan sehari sebelum kembali ke lokasi penggambaran filem Polis Evo 2 (PE2).

BACA: “Kebas Satu Kaki, Muka Dah Start Pucat Dan Masuk Wad Kecemasan…” – Shaheizy Sam

Foto: Instagram @shaheizy_sam