Mungkin nama kumpulan duo The Mirza yang dianggotai oleh kembar Zaf dan Syaf masih belum terbiasa meniti di bibir khayalak seni tanah air.
Hakikatnya, dua sosok pembawa single Jatuh-Jatuh Cinta itu berawal dengan memahat tapak sekali gus menjulang populariti di Indonesia terutama di Jakarta serta Bandung sejak awal tahun ini.
Bermula sekitar tahun 2017, The Mirza yang diangkat menerusi nama di belakang adik-beradik mereka iaitu Norzafira Mirza Mohd. Rafiq (Zaf) dan Norsyafira Mirza Mohd. Rafiq (Syaf) itu diterima dengan lapang dada oleh penikmat muzik bergenre pop R&B di negara seberang sehingga dianggap mempunyai ciri khas tersendiri berbanding penyanyi sedia ada lain.
Sedikit pengenalan, pasangan beradik ini mula dikenali di platform atau medium sosial seperti YouTube, Instagram dan Twitter apabila sering memuat naik video nyanyian merdu saduran termasuk lagu biduanita negara, Saloma yang meraih tumpuan warganet baru-baru ini.
Berkongsi kisah perjalanan The Mirza, kedua-dua anak jati Kuala Lumpur itu mengaku agak mudah meloloskan diri ke persada hiburan Indonesia termasuk mengadakan siri jelajah persembahan di pelbagai pelosok daerah di sana disebabkan mereka adalah satu-satunya pasangan kembar memiliki wajah seiras.
“Semua bermula apabila kami ingin menyiapkan single pertama, Telah Berubah. Kami berminat dengan lagu-lagu ciptaan komposer popular Indonesia, Tengku Shafick.
"Lantaran itu, kami merasakan tiada salahnya jika mahu terus berkarya di negara seberang tambahan pula belum ada penyanyi duo kembar di sana.
“Selepas itu, The Mirza meneruskan langkah dengan menghadirkan single kedua, Jatuh-Jatuh Cinta yang merupakan gubahan oleh komposer dan finalis Indonesia Idol 2006, Ilham Irawan Basso.
"Alhamdulillah, rezeki menyebelahi apabila lagu tersebut meraih kedudukan carta lima terbaik di beberapa buah stesen radio di Jawa Tengah,” kata Zaf.
Tidak ketinggalan, Syaf menerangkan bahawa Jatuh-Jatuh Cinta hanya mengambil waktu 10 minit untuk disiapkan sepenuhnya dengan sesi rakaman berjalan selama 4 jam.
Sementara itu, proses adunan dan mastering dilakukan selama seminggu sebelum menjadi sebuah naskhah nan indah untuk diperdengar buat halwa telinga audiens.
Promosi Jatuh-Jatuh Cinta kini sedang rancak dijalankan di Malaysia yang diuruskan oleh syarikat pengurusan bakat dan acara, SukaSucre Creatives kepunyaan cef selebriti dan penyanyi terkenal, Datuk Fazley Yaakob.
Mengakui sedikit gementar dalam ekspektasi melangkah ke belantara muzik tempatan, The Mirza menjelaskan, karya Jatuh-Jatuh Cinta yang terisi lirik bahasa Indonesia diharapkan senang menerima respons daripada peminat di sini.
“Tiada lain, The Mirza berharap pendengar dapat menerima single terbaharu mereka sepertimana ia diterima di Indonesia sekali gus mampu memeriahkan industri seni di tanah kelahiran kami,” jelas Syaf.
Sebelum menoktah bicara, The Mirza yang mengidolakan penyanyi terkenal Indonesia, Judika turut berkongsi ambisi tinggi melangit mereka kepada khalayak.
“Besar harapan agar peminat terus menyokong karya seni kami baik di Indonesia mahupun Malaysia. Semoga impian melebarkan sayap ke negara lain juga dapat direalisasikan dalam tempoh lima tahun nanti," jelasnya lagi.
Waktu sama, grup duo itu kini sedang rancak mempromosikan single ketiga mereka, Lelah Mengalah di Indonesia dengan video muzik dimuat naik di YouTube sejak 7 November lalu.
Peminat juga boleh mengetahui dengan lebih lanjut perkembangan terbaharu The Mirza dengan mengikuti mereka di Instagram; @themirzamusic, @syafmirza dan @zafmirza.
Kamaruddin Razal
Tue Nov 13 2018
Dua Helikopter Bertembung Jadi Tragedi Ke-8 Dalam Tempoh 9 Tahun, Ini Kronologinya
Kemalangan melibatkan dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak kira-kira 9.30 pagi tadi merupakan kejadian kelapan seumpama itu dalam tempoh sembilan tahun lepas.
Lambat Bertindak Sehingga Kanser Melarat, Lelaki Ini Luah Rasa Kecewa Dengan Servis Hospital - “Kanser Mesti Pantas, Masa Itu Emas”
“Mencegah lebih baik daripada merawat,” itulah ungkapan yang sesuai digunakan dalam usaha mengelakkan sesuatu perkara buruk daripada menjadi lebih teruk. Akan tetapi, pencegahan selalunya dipandang remeh oleh ramai pihak sehingga kadang kala melibatkan nyawa yang boleh diselamatkan. Itulah keadaan yang dikongsikan oleh seorang lelaki yang difaham
Nahas Helikopter Lumut: Bapa Lihat Wajah Anak Tenang Seperti Tidur
Salah seorang mangsa nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak disifatkan bapa kelihatan tenang seperti sedang tidur.
Sempat Digosipkan Gay, Aktor Bright Vachirawit Bercinta Dengan Nene Pornnapan?
‘Berita terkini’ mengenai hubungan asmara Bright Vachirawit ini mungkin melegakan hati banyak peminat wanita.
Jumpa Tangkal Dalam Kereta, Netizen Persoal Motif Perbuatan Sihir - "Kenapa Tak Buat Dekat Israel Ke?
Ketika teknologi semakin maju dengan kecerdasan buatan (AI) serta cabang sains dalam kehidupan, masih ada segelintir terus mengamalkan sihir dan ilmu hitam. Berikutlah yang boleh dilihat dalam satu perkongsian di media sosial oleh seorang individu yang mendakwa dirinya terkena 'buatan' orang. Menerusi klip video pendek berdurasi 12 saat, individ
DFP Seni Festival 2024 Tampilkan Muzik Orkestra Cina, Teater Mek Mulung & Randai
DFP Seni Festival 2024 akan berlangsung dari Julai hingga September 2024.
Sudah Beri Komitmen Awal, Apa Punca Naim Daniel Tarik Diri Dari The Hardest Singing Show?
Penyanyi, Naim Daniel enggan mengulas lanjut mengenai isu penarikan diri saat akhir daripada rancangan realiti terbaharu terbitan Astro, The Hardest Singing Show.
“Saya Masih Terkejut Dapat Emel Naim Daniel Tarik Diri” - Ketua Saluran Astro Ria
Naim Daniel tarik diri...
“Saya Tidak Berdiri Untuk Segala Gelaran” - Siti Nurhaliza
Kalau ada rezeki, ada.
Pengikut Bertambah Lebih 40,000, Kekasih Gelap Aliff Aziz & Bella Astillah Saling ‘Follow’ Di IG
Kontroversi melibatkan Aliff Aziz dan Sarah Yasmine terus menjadi topik hangat dalam media sosial selepas wanita itu membuat pendedahan mengaku kekasih kepada pelakon dan penyanyi itu.