Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim berkenan meluangkan masa menziarahi pelakon dan pelawak veteran Zaibo di kediamannya di Rengit, Batu Pahat.

Zaibo atau nama sebenarnya, Zainal Ariffin Abd Hamid, 62, sedang bertarung melawan kanser esofagus tahap empat.

Tunku Tun Aminah memutuskan untuk melawat Zaibo selepas membaca kisah pelakon dan pelawak itu di dalam akhbar, bagi memberikan kata-kata semangat dalam memperjuangkan penyakit yang ditakuti.



Abang Tunku Tun Aminah, Almarhum Tunku Jalil Ibni Sultan Ibrahim, juga merupakan pesakit kanser dan meninggal pada 5 Disember 2015 lalu.

Zaibo pernah membintangi sitkom Spanar Jaya (1999 hingga 2005) serta filem-filem seperti Magika fantasi 2010 dan Awan Dania The Movie pada tahun 2013.

Dia juga memainkan peranan kecil pada tahun 1999 Filem Hollywood Anna and the King.



Zaibo juga terkenal kerana berlakon sebagai penjual mee rebus bernama Yusof dalam sitkom popular Singapura, Under One Roof yang pertama kali disiarkan pada tahun 1995.

Pelawak itu telah berhenti berlakon kira-kira dua tahun lalu.

Dalam pada itu, Tunku Aminah juga turut berkongsi pernah menonton sitkom Under One Roof yang dilakonkan pelakon itu.



"Saya pernah menonton Under One Roof semasa membesar. Saya memberitahu suami saya betapa lucu anda dan menunjukkan kepadanya video anda," kata Tunku Tun Aminah ketika melawatnya.

Lawatan diraja itu memberi sedikit kecerian kepada pelakon itu.

Turut hadir, ialah suaminya, Dennis Muhammad Abdullah serta wakil-wakil dari Yayasan Kanser Laksamana Johor yang turut memberi sokongan moral mereka.

Sementara itu, Zaibo turut mengucapkan terima kasih dengan kunjungan daripada Tunku Tun Aminah.

“Saya sangat berterima kasih dan menjunjung kasih atas keprihatinan Tunku Tun Aminah, suami dan seluruh keluarga Sultan Ibrahim.

"Berkat kunjungan baginda, saya mendapat perhatian daripada banyak pihak dari seluruh Johor. Sokongan moral ini amat bermakna kepada saya seisi keluarga,” katanya.


Sumber: Astro Awani, Facebook The Royal Johor