Pelakon popular, Fattah Amin berkongsi sekeping gambar bersama isterinya, aktres jelita Fazura.

Foto itu dimuat naik menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.

Di ruangan kapsyen, Fattah memberitahu isterinya itu tidak sihat dan kenyataan itu telah mengundang perhatian netizen.

"She's not feeling well, kesian my sayang," tulisnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Fattah mengusik mengatakan Fazura mungkin telah hamil.

"Mungkin dia mengandung.

"Mungkin Fazura akan jadi ibu kepada seorang anak yang comel.

"Mengandung kot," tulis netizen.

She’s not feeling well.. Kesian my sayang @missfazura ?

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz) on


Pasangan popular ini mula mendirikan rumah tangga pada 27 November tahun lalu dan sering menjadi perhatian ketika sama-sama membuat kemunculan di acara-acara besar tempatan.

Drama lakonan Fattah iatu Isteri Bukan Untuk Disewa sedang ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).