Pada usia sekarang ini, Ella sangat bersyukur kerana masih lagi menjadi pilihan penganjur untuk jemputan menyanyi, sama ada konsert, majlis makan malam mahupun persembahan terbuka. Pada beliau, setiap penyanyi perlu ada kehendak untuk memberikan yang terbaik untuk lagu dan muzik masing-masing.

Ditanya bagaimana beliau masih berjaya menjaga mutu suara sedangkan ramai penyanyi baru yang tidak mampu menyanyi secara live, jawapan Ella mudah sahaja.



“Sekarang ni macam semua orang tak kisah boleh nyanyi atau tak boleh nyanyi asalkan benda tu catchy atau viral. sekarang ni tengah season dia. Sekarang ni okaylah, mungkin lama-lama lain pula yang orang minat.

“Pada Ella, yang paling penting Ella akan pastikan yang Ella boleh terima lagu tu dan sedap didengar.

Menyentuh soal lagu baru daripada album terbaru Ella yang kurang dimainkan di radio, dan radio lebih gemar memainkan lagu-lagu lama beliau, Ella ada jawapannya yang tersendiri.



“Pada Ella, itu mungkin atas faktor strategi perniagaan stesen radio masing-masing. tapi Alhamdulillah peminat setia masih tahu nak cari lagu baru Ella kat mana.

“Cuma Ella terkilan sebab bila pendengar dari luar negara dengar lagu kita, dan kita masih lagi mainkan lagu-lagu lama seolah-olah kita tidak dapat berganjak dengan muzik baru. Macam ketinggalan.

“Buat masa sekarang pun Ella masih lagi dalam rangka promosi untuk album terbaru. Video klip kedua akan menyusul untuk lagu Peace Love Rindu, dan yang ketiga, insyaAllah, untuk lagu Sujud. Jadi masih lagi dalam promosi.



“Orang beli album tu bagus tapi kalau dapat sokongan pihak radio tentunya lagi bagus kerana lebih ramai orang dapat dengar dan tahu Ella ada lagu baru.

“Kita juga kena ikut peredaran masa. Kita tak boleh ditakuk lama. Mungkin jualan album dah tidak banyak sangat, tapi lagu-lagu Ella boleh didapati di semua platform digital.

Ella bakal mengadakan satu konsert besar pada bulan Mac 2019 dan akan mengumumkannya dalam satu sidang media tidak lama lagi.