Pelakon Hanna Aqeela mengakui sudah mempunyai kekasih sejak lima tahun yang lalu.

Menurut Hanna, buat masa sekarang dia belum terfikir untuk membawa hubungannya itu ke peringkat seterusnya kerana ingin memberi fokus kepada kerjaya terlebih dahulu.

"Siapa dia itu biarlah saya dan kenalan yang rapat sahaja yang tahu.

"Kami sebenarnya sudah berkawan sejak lima tahun yang lalu namun masih belum memikirkan untuk menamatkan zaman bujang masing-masing pada waktu terdekat.

"Saya bersyukur kerana dia merupakan seorang yang sangat memahami dan pada masa sekarang kami masing-masing sibuk dengan kerjaya sendiri.

"Buat masa sekarang biarlah kami fokus pada kerjaya dahulu dan jika masa yang sampai kami akan melangkah ke fasa seterusnya," katanya kepada Gempak.

Aqeela berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan filem Operasi X yang diadakan di MM Cineplex e@Curve, baru-baru ini.

Filem Operasi X arahan Sandosh Kesavan ini kini menemui penonton di seluruh dipawagam bermula 1 November lalu.

Selain Aqeela, filem ini turut dibintangi oleh Datuk Awie, Datuk Aaron Aziz, Datuk Yusof Haslam, Nasir Bilal Khan, Hairul Azreen, Hefny Sahad,Gbob, Rahhim Omar, Nashra Shah,Rafizah Shima dan Zaidi Omar.