Penyanyi Tomok mendedahkan dia menerima satu mesej daripada pengikut mengenai penampilannya sebagai seorang wanita ketika melakukan persembahan menerusi laman Instagram.

Baru-baru ini, Tomok tampil berpakaian wanita dalam muzik video single terbarunya, Bekas Kekasih.

"Nanti kalau abang perform abang pakai baju perempuan juga ke?

"Itu antara satu mesej, dari ratusan yang saya dapat di Instagram, Facebook dan Twitter berkenaan dengan muzik video terbaru saya, #bekaskekasih.

"Takkanlah lepas ni nak menyanyi saya pakai baju perempuan pula... Takkan sampai ke situ diorang boleh fikir... Apolaaa.

nanti kalau abg perform abg pakai baju perempuan jugak ke? . itu antara satu msg dari ratusan yg saya dapat di instagram,facebook dan twitter berkenaan dengan video muzik terbaru saya #bekaskekasih . takkan la lepas ni nak menyanyi saya pakai baju perempuan pulak..takkan sampai ke situ diorang boleh fikir..apolaaaaa . saya hanya berlakon sahaja untuk muzik video tersebut..saya mengangkat isu yg bagi saya agak berat kat malaysia sekarang..bukan suka suka saya berpakaian macam tu..ada msg yg saya nak sampaikan . seperti yg saya kata sebelum ini..yg tak baik jangan ambik..ambik yg baik saja . kesilapan dari saya saya akui..salah tetap salah..korang ambik yg baik saja ya..imej saya takkan memang takkan berubah ok ? . selamat menonton bekas kekasih.. ❤️

A post shared by Tomok (@tomokofficial) on


"Saya hanya berlakon sahaja untuk muzik video tersebut... Saya mengangkat isu yang bagi saya agak berat di Malaysia sekarang ini.

"Bukan suka-suka saya berpakaian macam tu... Ada mesej yang saya nak sampaikan.

"Seperti yang saya kata sebelum ini, yang tak baik jangan ambil... Ambil yang baik saja..

"Kesilapan dari saya saya akui... Salah tetap salah... Korang ambil yang baik saja ya... Imej saya takkan memang takkan berubah ok.

"Selamat menonton Bekas Kekasih," tulis Tomok.

Dalam kapsyen terbabit, Tomok menidakkan yang dia akan tampil seperti dalam muzik video terbarunya.

Tomok menekankan semua itu hanya lakonan sahaja untuk muzik video tersebut.

Tomok juga memberitahu apa yang dilakukannya itu mempunyai maksud yang ingin disampaikan.

Tomok mengaku kesilapannya serta mengharapkan pengikut mendapat mesej yang baik dalam video tersebut.

Terdahulu, transformasi Tomok menjadi wanita mendapat perhatian netizen serta tidak terlepas daripada komen-komen yang kurang bersetuju dengan perbuatan terbabit.