Selebriti popular, Scha Alyahya berkongsi foto ketika menjurikan program Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018) baru-baru ini.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.

"Ingat senang nak bagi markah lepas tu nak buat tak nampak ayam depan mata ni," tulisnya.

Gambar dan kapsyen tersebut mengundang perhatian netizen, kebanyakan mereka berasa terhibur dengan gelagat isteri kepada Awal Ashaari ini.

"Ngap lah ayam tu mana tahan tengok je.

"Ni kalau Lara ada confirm dia dah makan.

"Mesti tergugat nak bagi komen tengok ayam depan mata," tulis netizen.

Ingat senang nak bagi markah lepastu nak buat buat tak nampak ayam depan mata ni ha.. #maharajalawakmega @maestro_ridwan ?

A post shared by Scha Alyahya™ (@schaalyahya) on


Jangan lupa untuk menyaksikan MLM 2018 pada setiap Jumaat jam 10 malam menerusi Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124), Astro Go dan 'on demand'.