Pelakon Nadiyah Shahab telah selamat melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya, Ben Ali di Singapura pada petang semalam.

Nadiyah telah dinikahkan oleh bapanya iatu Syed Fuad Syed Ahmad Shahab di hadapan sekitar 700 orang tetamu yang menyaksikannya.

Menurut Nadiyah, dia berasa gementar untuk memasuki alam perkahwinan, namun dia sudah bersedia sepenuhnya untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri.

"Saya akui gementar untuk bergelar seorang isteri, tetapi saya sudah bersedia untuk berhadapan segala tanggungjawab dalam rumah tangga.

"Saya berharap agar kami berdua dapat menjalani alam perkahwinan dengan sebaik mungkin," ujarnya.

Dalam pada itu, pasangan ini merancang untuk memilih London atau Itali sebagai destinasi untuk mereka berbulan madu.

Nadiyah juga memberitahu bahawa dia dan suami berharap agar dikurniakan cahaya mata secepat mungkin.

Sumber : BH Online
Foto : IG : @aqoimran