Pelakon Diana Amir selamat melahirkan anak ketiga pagi tadi.

Perkara itu dikongsi Diana menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.

Menurut Diana, dia berasa terharu dengan sokongan dan doa orang ramai sejak hari pertama kehamilannya.

"Alhamdulillah, Saya terharu dengan doa-doa daripada semua, sejak mula pregnancy hinggalah selamat melahirkan pagi tadi.

"Semoga Allah pulangkan kebaikan untuk anda semua.

"Doakan baby Diana sihat, soleh, handsome dan disayangi oleh dua orang kakaknya," tulis Diana.

Dalam pada itu, Diana turut mendoakan mereka yang sudah berkahwin dan belum mendapat zuriat agar dipermudahkan urusan serta dikurniakan cahaya mata.

SubhanAllah alhamdulillah , diana terharu dengan doa2 drp semua, drp awal pregnancy sampailah selamat melahirkan pg td.. Terima kasih banyak2, semoga Allah pulangkan kebaikan kpd awak2 semua ✨ . . Ikutkan due date ari isnin tapi Allah nak bg anugerah awal and actually, mmg diana doa utk sakit contraction yg amat sgt, then akan cepat je dpt lahirkan baby.. After 5 mins masuk labour room baby dah keluar ❤️ thanks syg bekerjasama dgn mummy td . . thanks juga kat doktor2 and nurses yg comel2 and baik2 kat @hospitalumra . my 3rd baby kat hosp umra dan sentiasa boleh bergantung pd professionalism and friendliness mereka ❤️❤️ . . Diana doakan yg belum dikurnia zuriat , akan memperoleh rezeki yang terbaik dariNya, pengikat kasih sayang suami isteri dan mampu menjadi saham di akhirat kelak, Amin! . . kpd yg bakal melahirkan, u can do it!!!!! Pasti Allah tidak sia2kan kesabaran menanggung kesakitan. Syukur diberi peluang untuk menghapus dosa2 dgn cara yg indah . . Doakan baby boy Diana sihat, soleh, handsome, disayangi @khawlah_khadija ? diorg belum jumpa lagi adik diorg ni hahahaaa! #mummynervous . . Yayy!! Alhamdulillah part paling scary (bersalin) dah settle, now panda eye and pantang mode on!

A post shared by D I A N A A. (@dianaamir) on


Sebelum ini, Diana telah dikurniakan dua orang anak perempuan iatu Khaulah Al Azwar, 3, dan Khadija Azzehra yang berusia satu tahun.