Sudah Raih RM30 Juta, PASKAL The Movie Masih Ditayangkan Di 69 Pawagam

Hiburan
Sudah Raih RM30 Juta, PASKAL The Movie Masih Ditayangkan Di 69 Pawagam
Filem PASKAL The Movie mencatatkan sejarah tersendiri apabila meraih kutipan sebanyak RM30 juta.

Mula ditayangkan pada 27 September lalu, PASKAL The Movie mencipta fenomena di kalangan ramai peminat filem tempatan.

Biarpun sudah lebih sebulan ditayangkan di pawagam, filem ini masih gagah bersaing dengan filem lain dan masih ditayangkan di 69 pawagam seluruh negara.
 

Filem PASKAL The Movie diarahkan oleh Adrian Teh dan diterbitkan oleh Asian Tropical Films, GSC, Multimedia Entertainment, Granatum Ventures dan Astro Shaw.

PASKAL The Movie berkisarkan mengenai kisah kejayaan anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL), Tentera Laut Diraja Malaysia dalam Misi Pengaman PBB di Angola pada 1998 dan misi merampas kapal dagang daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.

Diinspirasikan dari kisah benar, filem ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Hafizul Kamal, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Theeban G, Henley Hii, Jasmine Suraya Chin dan ramai lagi.

Jom, dapatkan tiket anda sekarang dan sama-sama saksikan pertempuran PASKAL The Movie di medan pawagam!
 

Artikel Berkaitan