Penerbit filem Hantu Kak Limah (HKL), Astro Shaw dan Infinitus Gold mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan isu bonus yang sedang hangat diperkatakan baru-baru ini.
Menjelaskan apa yang telah terjadi, pihak penerbit menjernihkan segala persoalan yang berbangkit
"Industri perfileman tempatan telah lama mendapat sokongan padu dari pelbagai pihak , antaranya studio produksi, pihak pawagam, barisan pelakon, kru, pelabur dan peminat.
"Sehingga awal November 2018, sebanyak 43 buah filem telah diterbitkan oleh pelbagai produksi di Malaysia, ada diantara filem yang mendapat pulangan (Gross Box-Office) GBO yang baik.
"Hantu Kak Limah (HKL) adalah salah satu filem yang telah melangkau jangkaan sekaligus berjaya mencipta fenomena tersendiri. Pihak kami amat berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah memberi sokongan pada filem ini.
"Di dalam penerbitan filem, pihak penerbit perlu berdepan dengan pelbagai risiko sebelum sesebuah filem mendapat kutipan yang tinggi. Tambahan lagi, pembahagian keuntungan harus ditolak dengan 25% melalui cukai hiburan.
"Dari jumlah baki tersebut, ia harus dibahagikan dengan pihak pemamer sebanyak 40:60.
"Dengan jumlah 40% itu, penerbit akan menolak segala kos produksi, pemasaran dan pengedaran sebelum jumlah keuntungan dicapai.
"Kebiasaannya barisan pelakon dan kru telah ditetapkan jumlah bayaran dan tiada pemberian bonus seperti di dalam kontrak.
"Namun begitu, penerbit HKL berbesar hati memberi bonus buat barisan pelakon dan kru atas tanda penghargaan dan budi bicara," kata penerbit dalam sebuah kenyataan media.
Sebelum ini, pelakon utama filem HKL, Datuk Awie dan Dalimawati melahirkan rasa kecewa dengan wang bonus yang diterima oleh pelakon dan kru yang dikatakan tidak setimpal dengan kutipan filem ini.
Kamaruddin Razal
Fri Nov 09 2018
Pasangan Jutawan Beri Harta, RM20 Juta Kepada Orang Awam Untuk Jadi Sami
Pasangan usahawan yang juga jutawan terkenal dari Gujarat, India sanggup melepaskan kehidupan mewah demi menjadi sami
"Tak Boleh Berhenti Senyum" - Kamal Adli, Uqasha Senrose Bakal Timang Baby Girl!
Kamal & Uqasha bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Penyanyi Lagu Sandiwara Cinta Jual Duku, Grup Repvblik Kurang Job
Kumpulan Repvblik pernah menjadi popular di Malaysia berkat lagu hit mereka, Sandiwara Cinta dan Selimut Tetangga.
Okey Dengan Ibu Tiri, Mia Sara Gembira Tengok Afdlin Bahagia - "Tak Ada Apa-Apa Perasaan Buruk..."
Setelah hampir setahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki akhirnya memperkenalkan isterinya, Datin Marcella secara terbuka kepada media. Sehubungan itu, Gempak sempat menemu bual anak kepada Afdlin Shauki iaitu Mia Sara berkaitan kemeriahan sambutan hari raya tahun ini bersama ibu tiri. Menurut Mia, dia menerima
Shiha Zikir Mohon Jangan Sibuk Tanya Soal Jodoh - "Kadang Kita Tak Tahu Apa Yang Seseorang Tu Tengah Hadap”
Jangan tanya soalan sensitif.
Sheriff: Raih RM6.4 Juta Dalam 3 Hari Tayangan, Netizen Kata - “Antara Filem Terbaik Pernah Ada Di Malaysia!”
Ramai yang nak tengok lagi sekali guys,.
Hantar 8,000 Surat, Pengintip Obses Harry Styles Dipenjara & 10 Tahun Tak Boleh Tonton Konsert
Seorang wanita yang mengintip dan terlalu obses dengan penyanyi Harry Styles telah dijatuhi hukuman penjara kerana sikapnya itu.
Sharifah Sakinah Enggan Fikir Soal Cinta - “Umur Saya Dah Berapa Nak Ada Boyfriend…”
Sakinah sentiasa terbuka mengenali seseorang.
Osman Ali Kecewa Hero Popular Tarik Diri Tiga Hari Sebelum Shooting - "Terpaksa Cari Pengganti"
Pengarah terkenal Osman Ali meluahkan rasa kecewanya apabila seorang pelakon popular yang sepatutnya menjadi hero kepada naskhah terbaharunya menarik diri saat akhir
“Saya Belum Layak Diberikan Gelaran Biduanita Negara” - Ziana Zain
Ziana kata dirinya masih belum layak.