Pelakon Adam Corrie Lee berkongsi coretan hatinya berbangga dan berterima kasih menjadi sebahagian daripada penduduk tetap Malaysia.

Kata Adam Corrie, dia sentiasa menghormati hak-hak istimewa orang Melayu dan berterima kasih kerana menerima nenek moyangnya untuk menetap di Tanah Melayu.

"Alhamdulillah, terima kasih kerana terima nenek moyang saya datang menetap di Tanah Melayu dan berikan kewarganegaraan kepada nenek moyang kami.
"Saya sentiasa menghormati hak-hak istimewa orang Melayu. Hormat tuan rumah.

"Saya (50) & mak (74) saya ingin ucapkan terima kasih sekali lagi. Kita hormat hak orang, orang akan hormat hak kita.

"Senyum selalu, selalu bersangka baik, Insya-Allah hati tenang," tulisnya di Instagram.

Bagaimanapun, Adam Corrie menegaskan entri terbabit bukan atas tujuan lain dan melarang pengguna media sosial untuk berpolitik di ruangannya.

"Jangan berpolitik di IG saya. Saya hanya ingin ucap terima kasih sahaja," tambahnya.

Alhamdulillah, Terima kasih kerana terima nenek moyang saya dtg menetap di Tanah Melayu dan berikan kewarganegaraan kpd nenek moyang kami. Saya sentiasa menghormati hak-hak istimewa org Melayu. Hormat tuan rumah. #sayaCinaMuslim #terimakasih . . “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Surah Hujurat ayat 13) #sayaBukanUstaz . Saya (50) & mak (74) saya ingin ucapkan terima kasih sekali lagi. Kita hormat hak orang, orang akan hormat hak kita ? . Senyum selalu Selalu bersangka baik InsyaAllah hati tenang ? #adamcorrie . P/s: jgn berpolitik di ig saya. Saya hanya ingin ucap terima kasih shj.

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee) on


Perkongsian Adam Corrie itu mendapat pujian daripada pengguna media sosial termasuk PU Rahmat Ikhsan yang memuji sikap merendah dirinya.