Filem: Thugs of Hindostan
Pengarah: Vijay Krishna Acharya
Pelakon: Amitabh Bachchan, Aamir Khan, Katrina Kaif, Fatima Sana Shaikh, Lloyd Owen
Durasi: 2 jam 44 minit
Bintang: ****/5

Bagi yang tercari-cari filem yang ingin ditonton hujung minggu ini, tidak salah untuk kami mencadangkan filem Thugs of Hindostan untuk anda.

Filem bergenre aksi epik ini merupakan adaptasi novel Philip Meadows Taylor (1839) berjudul Confessions of a Thug.

Thugs of Hindostan mengisahkan sekumpulan samseng yang diketuai Khudabaksh Azaad, individu yang menyuntik semangat dan aspirasi untuk membebaskan Hindostan (benua kecil India) daripada penjajahan Syarikat Hindia Timur Inggeris.

Jadi, kami senaraikan lima sebab kenapa anda tak boleh melepaskan peluang berhibur dengan filem Thugs of Hindostan.

1. Trailer tak menipu!

Sama seperti trailer yang sudah mencecah tontonan 90 juta, filem ini sekali imbas ala-ala filem francais popular Hollywood, Pirates Of The Carribean.

Selain ada perang-perang antara kapal di tengah-tengah laut, karakter Aamir Khan (Firangi Mallah) juga persis Kapten Jack Sparrow.



Mood lanun juga dibantu dengan skor muzik yang menarik.

Thugs of Hindostani mengangkat versatiliti lakonan Aamir Khan selangkah lebih tinggi.

Tengoklah cara dia auta orang kiri kanan!

2. Ala-ala Baahubali

Siapa yang pernah menonton filem Tamil epik Baahubali pasti seakan-akan melihat karakter sama dalam filem ini.



Watak Khudabaksh Azaad dilakonkan oleh aktor legenda Amitabh Bachchan persis Baahubali.

Penyelamat dan hero yang disanjung rakyat tempatan.

3. Percubaan berani Bollywood di layar perak!

Permainan kesan visual khas (walau tidaklah sempurna) namun memberikan impak tersendiri.

Selain itu, produksi Thugs of Hindostan juga berani bermain dengan latar masa tahun 1790-an tanpa menjejaskan set, mood dan dialog.

4. Aduhai Katrina Kaif!

Tak perlu watak utama sudah cukup membekaskan kesan dan ingatan kepada penonton.

Melakonkan watak sebagai penari dan penghibur bernama Suraiyya, Katrina tampil lincah dan seksi untuk beberapa babak tarian.

Jaga-jaga, tak tidur malam nanti.



5. Action pack!

Tak sah filem milik Aditya Chopra tanpa aksi dan babak-babak mendebarkan.

Tengok saja kejayaan filem Ek Tha Tiger dan Dhoom 3, tak mustahil Thugs of Hindostan mampu mengulangi kejayaan filem-filem miliknya terdahulu.

Jadi, apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan filem Thugs of Hindostani yang sudah mula ditayangkan di pawagam berhampiran.