Pernah Hadapi Masalah Vokal, Misha Omar Dedah Pernah Dibantu Dia Fadila

Hiburan
Pernah Hadapi Masalah Vokal, Misha Omar Dedah Pernah Dibantu Dia Fadila
Penyanyi popular, Misha Omar mengakui dia mempunyai masalah vokal dua tahun lalu selepas melahirkan cahaya mata sulung, Muhammad Idris Ezzwa.

Menurut pelantun lagu Sampai Bila ini, dia berasa seperti kehilangan karakter pada vokalnya lalu mendapatkan bantuan dari penyanyi dan guru vokal, Dia Fadila.

"Selepas bersalin, saya mula merasai perubahan pada karakter vokal dan perlu mencarinya semula.

"Saya ibaratkan diri seperti kembali semula ke kelas, bukan kerana  cerewet sebaliknya untuk mencari kepuasan dalam berkarya.

"Saya sangat berterima kasih kepada Dia Fadila kerana banyak membantu saya dalam aspek itu," katanya kepada Gempak baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Dia Fadila masih berentap di pentas Gegar Vaganza musim kelima (GV5).

Bersiaran selama lapan minggu, GV5 boleh disaksikan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.
 
Layari laman web www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut mengenai GV5.

Artikel Berkaitan