Bintang Gegar Vaganza, Zarul Umbrella, Haiza & Ayai Ilusi Gegarkan Singapura!

Hiburan
Bintang Gegar Vaganza, Zarul Umbrella, Haiza & Ayai Ilusi Gegarkan Singapura!
Tiga bintang Gegar Vaganza (GV), Zarul Umbrella, Haiza dan Ayai Ilusi bakal gegarkan warga Singapura dalam showcase, Gegar Vaganza LIVE.

Gegar Vaganza LIVE merupakan showcase sempena acara FUYOHH! JOM yang dianjurkan oleh Singtel TV.

Showcase tersebut bakal berlangsung di KINEX Mall, jam 8 malam pada Jumaat, 9 November 2018 (hari ini).

Selain tiga bintang GV itu, showcase tersebut turut mempunyai penampilan khas daripada bintang GV5.

Khas buat pelanggan Singtel mereka akan menerima tempat yang istiemewa untuk menonton showcase itu nanti.

Bagi mendapatkan sepasang tiket untuk menonton showcase itu nanti, pelanggan Singtel hanya perlu membawa bil bayaran bulan Oktober 2018 ke lokasi.

Bukan itu sahaja, 20 pelanggan bertuah bakal berpeluang bertemu bintang GV itu dalam 'meet & greet' untuk sesi 'brunch' (makan pagi- tengahari). 

Sesi 'meet & greet' itu akan diadakan pada keesokan harinya, 10 November dari jam 10 pagi hingga 12 tengahari.

Singtel TV, Inpirasi Pack menawarkan siaran televisyen seperti Astro Prima, Astro Ria dan Astro World di Malaysia dan Sinetron Indonesia drama dan program realiti di MNC Pesona HD, Citra Drama, serta siaran Korea seperti KBS World, ONE HD, Oh!k dan tvN.

Saksikan GV5 akhir secara langsung di Astro Ria Singtel TV (siaran 608), pada 18 November ini jam 9 malam.

Untuk maklumat lanjut mengenai FUYOHH! JOM menerusi laman web www.singtel.com/fuyohh

Artikel Berkaitan