Pelakon dan suami kepada aktres Mawar Rashid, Raf Yaakob mendedahkan mereka pernah menerima kecaman apabila melakukan tanda hormat dengan dengan merapatkan kedua-dua tangan.

Raf menceritakan perkara terbabit menerusi salah sebuah entri di laman Instagram miliknya.

"Dulu waktu Raf upload gamba pose macam ni, ada yang kecam kata tangan macam nak sembah berhala.

"Just wanna tell you guys, @mawarashid kan Half Thai. Mummy Mawar is pure Thailand from Chiang Mai.

"This hand gesture memang adat orang Thailand when they say “Sawadeekap” which means Salam Sejahtera..." jelas Raf.

Dulu waktu Raf upload gamba pose macam ni, ada yang kecam kata tangan macam nak sembah berhala. Just wanna tell you guys, @mawarashid kan Half Thai. Mummy Mawar is pure Thailand from Chiang Mai. This hand gesture memang adat orang Thailand when they say “Sawadeekap” which means Salam Sejahtera.. #MawaRafBersiram

A post shared by Raden Ahmad Faizal Bin Yaakob (@rafyaakob) on


Rata-rata pengikut di laman Instagram Raf turut memberi pendapat sama dan menjelaskan 'hand gesture' tersebut hanyalah sekadar tanda hormat sahaja tanpa membabitkan agama.

Malah, mereka juga memohon agar Raf menghiraukan sahaja kecaman netizen yang memberikan komen negatif.

Raf atau nama sebenarnya, Raden Ahmad Faizal Yaakob bernikah dengan Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid pada 9 November tahun lalu.

Hasil perkahwinan, Mawar sedang sarat hamil lima bulan.