Pelakon Zaibo yang disahkan menghidap kanser esofagus tahap empat akui keadaannya kini masih baik dan sedang berehat di kampung halaman isterinya di Rengit, Johor.

Zaibo atau nama sebenarnya, Zainal Ariffin Abd. Hamid, 62, itu berkata dia masih boleh menguruskan dirinya.

“Saya masih ok, kuat tetapi kena berehat lebih sikit selepas menjalani rawatan dan harap semua jangan risau,” katanya.

Semalam, tular beberapa keping gambar Zaibo terlantar sakit dan seolah-olah kelihatan tidak bermaya sehingga mengecewakan pelakon yang popular dengan watak Pak Selamat dalam sitkom Spanar Jaya itu.

Zaibo berkata, gambar tersebut diambil kira-kira sebulan lalu dan kini beliau beransur pulih setelah menjalani sesi rawatan, namun tidak mahu gambarnya dirakam pada masa ini.

Sumber: Utusan Online