Sekeping foto pelakon kacak Aedy Ashraf yang dikaburkan pada bahagian kaki menjadi perdebatan netizen di media sosial.

Pelbagai andaian dan telahan dibuat hingga ada yang bertanyakan kesahihan pelakon itu mencacah tatu pada bahagian badannya.

#havalrocksthetown #havalmy

A post shared by aedy ashraf (@aedyxashraf) on


"Ada tatu kat kaki?" soal salah seorang pengguna di Instagram.

"Kenapa blur situ? Ada tatu ke?" soal pula pengguna lain.





Bagaimanapun, ada segelintir pengguna yang bertindak bijak menyokong tindakan Aedy untuk menyunting bahagian berkenaan bagi mengelakkan fitnah.

"Ada la buat fake tattoo tu, nanti tak blur pakat meroyan pula. Jadi ustazah ustaz. Dah blur pun kena lagi," tulis seorang pengguna.



Sekitar hujung Oktober lalu, sekeping foto Aedy sedang mandi di kolam renang di Bali, Indonesia menjadi perhatian netizen apabila menayangkan ukiran tatu di belakang lehernya.

Bagaimanapun, difahamkan tatu itu bukannya kekal dan hanya dilukis menggunakan inai.

Tinjauan terbaharu mendapati Aedy telah menutup ruangan komen foto berkenaan.

Dear Bali, you make my heart smile.

A post shared by aedy ashraf (@aedyxashraf) on