Selebriti yang sedang melonjak naik, Amelia Henderson berkongsi beberapa video yang dirakam ketika dia menari di sebuah studio tarian di Seoul, Korea.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.

"I miss dance so much," tulisnya ringkas sebagai kapsyen.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Amelia berasa kagum dan memuji bakatnya menari.

Lebih menarik perhatian apabila pelakon Sharifah Sakinah yang memberi reaksi mencuit hati.

"Bestnya ketiak putih," tulisnya.

Ekoran itu, ramai netizen yang membalas komen Sakinah, kebanyakkan mereka telah terhibur dengan lawak Sakinah yang bersahaja itu.

i miss dance so much ? @ismailizzani_ @1milliondance @austinpak #1milliondancestudio #1million_malaysia #austinpak #seoul

A post shared by amelia thripura henderson (@ameliath) on


Turut kelihatan dalam video tersebut adalah Ismail Izzani yang turut menari bersama Amelia dan seorang tenaga pengajar di studio tersebut.