Penyanyi dan pemenang Artis Pilihan Asia Tenggara di MTV Europe Music Awards 2018, Joe Flizzow mengakui ramai selebriti di Malaysia selesa dengan pencapaiaan yang diperolehi selama ini.

Menurut Joe, dia berharap kejayaan yang diperolehi di peringkat antarabangsa akan menjadi insipirasi kepada artis generasi baharu untuk mempunyai matlamat dan impian yang lebih besar.

"Kita perlu jadikan artis Korea sebagai contoh, muzik itu adalah universal dan bahasa bukanlah penghalang. Malah 5 single terakhir saya ialah dalam Bahasa Melayu dan itu yang dinilai oleh pihak MTV.

"Artis Malaysia tidak mahu pergi peringkat antarabangsa. Kalau kita tengok artis kebanyakan kira-kira 95 peratus artis Malaysia.

"Mungkin mereka berasa gembira di mana mereka berada atau mereka merasakan bahasa Malaysia tidak boleh diterima di peringkat antarabangsa.

"Saya harap kemenangan saya menjadi inspirasi kepada artis lain. Ini membuktikan muzik itu universal dan bahasa bukan penghalang. Artis-artis Korea telah membuktikan dan kita harus mengambil contoh," katanya.

Dalam majlis anugerah yang berlangsung di Sepanyol baru-baru ini, Joe menewaskan bintang Asia Tenggara lain seperti Afgan (Indonesia), IV of Spades (Filipina) dan The Sam Willows (Singapura).

Sumber: Astro Awani