Setiap kali teringatkan anak-anak, saya pasti akan ke Instagram. Banyak Instagram selebriti kita yang berkongsi kisah anak mereka. Tapi saya paling suka ke Instagram Nabila Huda atau @kupu_kupu

Nabila atau saya panggil Abil memang suka menyakat anak gadisnya, Keisha. Apatah lagi apabila melibatkan bapa tiri Keisha, Mohd Izwan atau panggilannya Abi.



Keisha memang rapat dengan Abi dan tentu sekali dengan mummy nya! Dan seboleh-bolehnya dia sentiasa mahu berada bersama mereka.

Keakraban Keisha dan Abi pernah ditulis oleh Abil dalam satu caption indah di Instagram beliau.

“Dia la bestfriend kesayangan Keisha. Tempat dia nak mengadu, bagitau rahsia, luahkan perasaan sebenar yang tak mungkin mummy dia dapat tau untuk jaga perasaan mummy. Abi lah tempat dia luahkan semua tanpa rahsia.

“So senang cerita. Abi tau semua the truth tentang perasaan Keisha. Abi jugak lah ajar dia kat rumah dari tak pandai reading, tak terror math, sampai lah jadi best student.



“Abi jugak mengajar dia untuk sentiasa bersikap jujur dan jangan sesekali berbohong pada mummy dan daddy dia. Abi jugak yang selalu remind Keisha jangan pernah lupa untuk selalu call daddy dia dan always remind her bila dah besar jaga daddy.

“Sungguh kuat relationship mereka berdua sampai kadang-kadang saya jealous teruk. Saya rasa bersyukur adanya dia dalam hidup saya. Dia yang buat saya kuat masa saya terpisah dengan Keisha. Dialah orang yang sentiasa buat saya ketawa bila dia tau saya sedang berduka. Susahnya hati dia hanya Allah je tau bila tengok isteri dia menangis bila berjauhan dengan Keisha dulu.



“Pertama kali saya jatuh cinta dengan dia adalah cara dia tengok Keisha. Tak ada apa yang lebih penting dari hidup kita kalau seorang lelaki itu menyayangi anak kita lebih dari kita sendiri. Itu sudah cukup bahagia untuk saya.

“Terima kasih Mohd Izwan bin Johar sebab terima saya seadanya, sayang kami berdua, melayan kerenah dan drama anak beranak yang luar biasa ini.” (June 17, 2018)

Kejap, lap air mata. Okay, jom kita tengok kisah Love Triangle berjodol 'Ini Semua Jambatan Punya Salah!'

Episod 1

”What Photo Is that?” @kidweebee tak yah la bagi alasan tak Logic pastu dah mula gagap.Lepas tu mula lah masukkan unsur ketawa kecil Tapi sebenarnya tak kelakar langsung.Jawap ah jawap!??

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on


Episod 2

Lepas ni Kitaorg janji amik gambar sedepa...!haha!Puas hati ku nampak air mata mengalir Di pipi..Asyik ketawa je,kite kasi dia nangis sikit bagi balance..?

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on


Episod 3

Ini semua jambatan punya salah..!?

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on


Sebab itulah apa jua 'drama' yang dirakamkan dan diletakkan di Instagram sentiasa saya ikuti kerana keakraban Keisha dan Abi serta Mummy membuatkan saya terhibur melihatnya. Semoga keluarga kecil ini sentiasa bahagia hendaknya.

Jumpa Lagi!

Bila Badrul Bicara

Kredit: Instagram @kupu_kupu