Penyanyi Shiha Zikir berasa kesal dengan seorang individu yang enggan membayar semula wang yang telah dipinjam darinya.

Perkara itu diluah menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.

Menurut Shiha, individu tersebut sering menipu dan cuba menghilangkan diri kerana tidak mahu melunaskan hutang.

"Bila diam, awak makin menjadi-jadi, hutang tak habis lagi tau.

"Nak suruh sabar sampai berapa tahun? Ramai lagi yang berhutang tapi sudah saya halalkan sebab tak mampu nak bayar, saya faham.

"Tapi cara awak yang suka menipu dan lari dari masalah ni, saya rasa kena minta juga sampai dapat.

"Hubungi saya segera kalau tak mahu saya post gambar awak, niat post sebab nak tau awak kat mana, call bini awak pun dia tak angkat," tulisnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Shiha menasihatinya untuk bersabar menghadapi perkara tersebut.

Take Note!

A post shared by Shiha Zikir (@shihazikir) on


Shiha mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2005 dan berjaya membina populariti menerusi nyanyian dalam genre pop irama Malaysia dan dangdut.