Konsert Dekade dari Afgan telah berlangsung dengan meriah bertempat di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre Sabtu lalu.

Seramai 2500 orang telah memenuhi ruangan dewan untuk menyaksikan konsert ulung tersebut.

Ramai yang tersentuh apabila Afgan menyatakan konsert itu diadakan khas untuk menghargai peminat setia yang tidak henti memberikan sokongan selama 10 tahun dia berkecimpung dalam industri muzik.

"Saya adakan konsert ini khas untuk menghargai semua peminat saya di Malaysia yang tidak pernah putus memberi sokongan sejak saya mula bergelar penyanyi 10 tahun lalu.

"Malaysia is like my second home, you guys have been so amazing to me.

"Di kesempatan ini, saya mahu mengucapkan terima kasih kepada anda semua," katanya ketika konsert tersebut.

Konsert ini menyaksikan kehadiran Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin yang berkenan mencemar duli berangkat ke konsert itu.

Antara rakan artis yang turut hadir memberikan sokongan adalah Fazura, Zahirah Macwilson, Zizi Kirana, Laudya Cynthia Bella, Lia Natalia, Ruhainies, Zoey, Aprena Manrose, Aishah Azman dan Afifah Nasir.

Benar kata ramai, Afgan mampu memberikan sebuah persembahan yang intim, berbeza dari sebelum ini dan yang paling penting membawa penonton menikmati sebuah perjalanan muzik yang indah dan menghiburkan.