Pelakon filem PASKAL, Hairul Azreen telah berkongsi satu nukilan menyentuh hati khas buat anak sulungnya, Yusuf Iskandar.

Nukilan tersebut dimuat naik oleh Hairul beserta dengan video pendek Yusuf di akaun Instagramnya semalam.

Menerusi nukilan tersebut, Hairul mengimbas kembali kenangan ketika Yusuf baru sahaja boleh berjalan.

“Hari ini Yusuf 2 tahun 5 bulan, daddy nak cerita yang Yusuf pertama kali boleh berjalan masa tu berumur 8 bulan pun di Japan.

“Dan sekarang Yusuf sangat suka berjalan kaki dari pagi sampai malam tak kira kita pergi Disneyland ke Disney sea ke move next negeri ke Yusuf tetap tak nak naik stroller.

“Kaki Yusuf sangat kuat, (daddy pulak mcm nak naik stroller). Tapi cuma bila nak tidur je Yusuf perlukan stroller,” tulisnya.

Dalam nukilan itu juga, Hairul berharap Yusuf bakal menjadi seorang abang yang bertanggungjawab dan mampu melindungi ibu dan juga adiknya.

“Alhamdulillah lepas ni InsyaAllah Yusuf akan dapat adik, jadi abang yang baik boleh jaga mommy dan adik dengan baik.

“Sebab Yusuf anak lelaki yang pertama tanggungjawab sangat tinggi. InsyaAllah Yusuf boleh pikul tanggungjwb ini. The Best Never Rest Son. -Amin-

“By the way, saya tahu ada yang di luar sana selalu doakan yang baik-baik untuk keluarga saya. Terima kasih banyak-banyak,” coretnya.

Coretan suami kepada pelakon Hanis Zalikha itu jelas menunjukkan betapa dalamnya kasih sayang seorang ayah kepada anak-anaknya.

Sehingga kini video tersebut telah mendapat lebih 400,000 ‘likes’ selain dihujani dengan ucapan-ucapan peminat yang mendoakan kebahagiaan mereka sekeluarga.

Yusuf Iskandar♥️ hari ni Yusuf 2Tahun 5Bulan, daddy nak cerita yang Yusuf first time boleh jalan masa tu berumur 8 bulan pun di Japan ?? dan sekarang Yusuf sangat suka berjalan kaki dari pagi sampai malam tak kira kita pergi Disneyland ke Disney sea ke move next negeri ke Yusuf tetap tak nak naik stroller, kaki Yusuf sangat kuat, (daddy pulak mcm nak naik stroller)?Tapi cuma bila nak tidur je Yusuf perlukan stroller, Alhamdulillah lepas ni insyaallah Yusuf akan dapat adik, jadi abg yang baik boleh jaga mommy & adik dgn baik sebab Yusuf anak lelaki yang pertama tanggungjawab sangat tinggi insyaallah Yusuf boleh pikul tanggungjwb ini The Best Never Rest Son ☝️ -AMIN- , btw saya tahu ada yang di luar sana selalu doakan yang baik2 utk family saya Terima kasih banyak2 ?? apa kata di ruang instagram saya ini kita gunakan utk berdoa yang baik2 utk followers saya & family sy ini kita sama2 doa , kepada yang sudah kahwin tapi belum dapat zuriat sama2 kita doakan anda akan di kurniakan cahaya mata yang soleh / solehah satu hati nanti -AMIN- , kepada yang belum bertemu jodoh sama2 kita doa tak lama lagi akan bertemu pasangan hidup masing2 yang serasi, membahagiakan antara satu sama lain hingga ke anak cucu -AMIN- , kepada pasangan suami isteri sama2 kita doa jodoh kita dgn pasangan tercinta murah rezeki & kekal bahagia dunia akhirat dan menjadi TEMAN SAMA2 MASUK KE SYURGA -AMIN- , Sebut yang baik2 sebab kata2 itu doa ? , last tu lagu fav mommy kamu @haniszalikha yang selalu buat daddy senyum bila mommy menyanyi she is my bam bam ?

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on

Foto: Instagram @hairulazreen / @theyusufiskandar