Penyampai radio dan pelawak Shahrol Shiro mengakui bersyukur apabila dikurniakan seorang isteri, Nor Farhanah Syamimi yang sangat memahami.

Menerusi entri di Instagram (IG), Shahrol telah memuat naik foto bersama-sama berserta ucapan ulang tahun kelahiran isterinya.

"Sayangku, sempena hari kelahiranmu doaku agar kamu menjadi insan yang mulia.

"Semakin disayang dan menyayangi Allah, Segala urusanmu dipermudah.

"Terima kasih kerana menjadi isteri dan ibu yang terbaik dalam hidup ini.

Sayangku... Sempena hari kelahiranmu doaku agar kamu menjadi insan yang mulia, Semakin disayang dan menyayangi Allah, Segala urusanmu dipermudah.. Terima kasih kerana menjadi isteri dan ibu yg terbaik dalam hidup ini.. Aku tidak perlukan kamu menjadi wanita sempurna..Tapi yang kuperlukan kamu menyempurnakan hidup ku dengan kasih sayangmu..? Selamat Hari Lahir @anna_danisha ? #SweetkanSaya #HariLahirIsteriku #LoveUtillJannah #MohonJanganLoya

A post shared by Shahrol Azizie Azmi (@shahrol_shiro) on


"Aku tidak perlukan kamu menjadi wanita sempurna, tapi yang kuperlukan kamu menyempurnakan hidup ku dengan kasih sayangmu. Selamat Hari Lahir," tulisnya.

Menerusi ruangan komen rata-rata peminat turut menyampaikan ucapan ulang tahun kelahiran isterinya serta mendoakan kebahagiaan Shahrol dan Farhanah.

Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi, 32, dan Nor Farhanan disatukan sebagai suami isteri pada 18 Mac 2016 di Kluang, Johor.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 10 Februari 2017.

Sebelum ini, Shahrol pernah berkahwin pada tahun 2008 dan dikurniakan seorang anak, Muhd Adam Danish yang kini berusia lapan tahun.

Mengenai perkembangan lain, Shahrol kini muncul dalam Maharaja Lawak Mega 2018 pada setiap Jumaat pada pukul 10 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).