Filem Crossroads: One Two Jaga diumumkan sebagai filem terbaik dalam Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2018 (AMPFKL2018).

Crossroads: One Two Jaga juga telah menewaskan calon filem terbaik lain iaitu Mencari Rahmat, Shuttle Life, Pulang dan Dukun.

Filem yang sama juga menobatkan Nam Ron sebagai Pengarah Terbaik.

Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur untuk filem dan pengarah terbaik goes to Crossroad: One Two Jaga. Tahniah buat the whole team. Alhamdulilah.

A post shared by Nam Ron (@_nam_ron_) on


Sementara itu, Remy Ishak menerusi filem Pulang dijulang sebagai Pelakon Lelaki Terbaik manakala Datin Seri Umie Aida selaku Pelakon Wanita Terbaik menerusi lakonan mantap dalam Dukun.

Filem Dukun juga berjaya membuktikan kehebatan Faizal Hussein yang turut diangkt sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Manakala, Adibah Noor pula menerima anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem Mencari Rahmat.

Selain itu, anugerah Sinematografi Terbaik dan Lakon Layar Terbaik masing-masing mengiktiraf karya Shuttle Life dan Mencari Rahmat.

AMPFKL2018 turut mencalonkan beberapa filem tempatan lain seperti Bisik Pada Langit, Jibam, Mrs. K, Hantu Kak Limah, Tombiruo: Penunggu Rimba dan Vedigunfu Pasangge.

Keputusan AMPFKL2018 telah diumumkan pada Sabtu lalu menerusi program bual bicara [email protected].