Single terbaru penyanyi Usop, Aku Yang Bersalah berjaya meraih satu juta tontonan selepas lebih sembilan hari dimuat naik di laman YouTube.

Dilancarkan pada 26 Oktober lalu di saluran YouTube Rocketfuel Network, single ini merupakan hasil nukilan sepenuhnya oleh Haqiem Rusli dan Fareez Fauzi.


Jika disebut nama Muhammad Saiful Naim Muhd Noor, mungkin ramai yang kurang mengenali siapakah pemilik nama tersebut, namun kalau disebut Usop, mungkin ada yang teringatkan wajah serta suaranya.

Berasal dari Kulim, Kedah, pemilik nama penuh Muhammad Saiful Naim Muhd Noor ini merupakan seorang penyanyi yang bakatnya dicungkil dari program Mentor Milenia tahun lalu.

Agak Agak hampa harini boleh dapat 1MILLION tak?? #akuyangbersalah #roadto1million #usopbaqhg #alhamdulillah

A post shared by Usop ? (@usopofficial) on


Biarpun baru menginjak usia 21 tahun, Usop mempunyai bakat yang besar dalam bidang nyanyian dan mempunyai peminat serta pengikutnya tersendiri.

Pernah muncul dengan single Matahari serta Nama Terindah dan pernah diberi peluang berganding dengan bekas juara Akademi Fantasia, Hazama menerusi lagu Saya Anak Malaysia, Usop kini kembali dengan lagu Aku Yang Bersalah.

Seperti kebanyakan lagu berentak balada, lagu ini menceritakan tentang kisah cinta yang didustai dan dijangka menjadi kesukaan ramai.

"Jika kita bercerita tentang Usop, perkara pertama yang bermain di fikiran saya ialah keunikan vokalnya dalam menyanyikan sesebuah lagu dan ditambah pula dengan cara nyanyiannya yang menyentuh perasaan.

Jangan lupa semua pukul 8 ni usop on air bersama team suria pagi di @suriamalaysia #akuyangbersalah #roadto1million #usopbaqhg #newera

A post shared by Usop ? (@usopofficial) on


"Saya yakin bakat yang dimiliki oleh Usop tidak boleh dibandingkan dengan penyanyi-penyanyi lain di Malaysia. Saya harap peminat di luar sana akan memberikan sokongan padu terhadap Usop dan muzik yang dibawakan olehnya," kata Feros selaku Ketua Label Muzik Rocketfuel Entertainment.

Single Aku Yang Bersalah ini diterbitkan sepenuhnya oleh Rocketfuel Entertainment dan bakal menemui peminat-peminat di corong-corong radio seluruh Malaysia tidak lama lagi.

Carilah lelaki yang boleh mengajar kamu menutup aurat.Bukan lelaki yang sana sini mengorat. #usopbaqhg #akuyangbersalah #roadto1million #neweracap

A post shared by Usop ? (@usopofficial) on


Lagu ini juga boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music.