Aktres Ainul Aisyah memuat naik sekeping foto berserta kapsyen berunsur sindiran.

Gambar itu dikongsi Ainul menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.

"Screw you," tulisnya ringkas sebagai kapsyen.

Menjengah di ruangan komen, seorang netizen bertanya kenapa kapsyen tersebut berunsur kemarahan.

Tidak mendiamkan diri, Ainul membalas komen tersebut.

"Sebab annoyed dengan netizen," tulisnya.

Pada masa yang sama, ada juga pengikut Ainul yang memuji susuk tubuh langsing yang dimilikinya.

Screw you.

A post shared by AINUL A. ? (@ainulaishah) on


Terdahulu, Ainul pernah dikecam kerana kerap berpenampilan seksi dan ia membuatkan netizen kurang selesa dengan keadaan itu.