TUTUP

Amir Jahari Terharu Baca Respon Peminat!

Hiburan
Amir Jahari Terharu Baca Respon Peminat!
Penyanyi Amir Jahari mengaku dia menangis apabila membaca komen yang diterima daripada peminatnya di laman sosial.

Menurut Amir, dia tidak menyangka rakyat Malaysia masih menerima karier seninya.

"Saya ada memuat naik satu tweet di akaun Twitter. Namun, saya tidak membaca setiap komen yang ditinggalkan oleh pengikut.

"Selepas itu, saya terdetik untuk membaca respon peminat saya.

"Saya menangis kerana tidak menyangka rakyat Malaysia masih menerima hasil kerja saya," katanya.

Amir berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran album terbarunya Siang dan Malam, di Dapo Puro, Bukit Puchong, baru-baru ini.

Album Siang dan Malam menampilkan tujuh lagu dan dijual dalam bentuk album fizikal di media sosial miliknya.

Sementara itu, Amir akan muncul dengan showcase sulungnya pada 10 November ini di Life Fact, Damansara.

Tiket berjumlah RM10 yang dikenakan sebagai bayaran adalah termasuk cakera padat album baharunya.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
 

Artikel Berkaitan