Memberikan usaha 200 peratus untuk program realiti Gegar Vaganza musim kelima (GV5), penyanyi yang sinonim dengan gelaran Ratu Dangdut, Amelina, 44, menyahut cabaran untuk membuktikan kemampuan dirinya.

Tidak hanya berpaksi dengan irama dangdut semata-mata, pemilik nama penuh Norazlina Amir Sharipuddin ini menyerlahkan kebolehannya menyampaikan lagu dari pelbagai genre.

Minggu 5 GV5 lebih membara rentaknya bersama Ratu Dangdut Malaysia @amelinaamirsharipuddin yang menyampaikan lagu #PelangiPetang untuk tema 'Lama Tak Dengar.' . Management: @mindorder Fans Club: @amelinasoul Makeup: @jijiezainal Hair: @shasya_balqisya Designer: @razman_razmikualalumpur T-shirt FC: @ir.signature Photographer: @badrulazhar_ . #MindOrder #MindOrderManagement #Amelina #AmelinaxMindOrder #AmelinaShowTime #RatuDangdutOnMic #GV5 #GV2018 #GegarVaganza

A post shared by AMELINA AMIR (@amelinaamirsharipuddin) on


Melalui beberapa kesukaran seperti kehilangan suara dan sebagainya, ada pihak yang menimbulkan dakwaan kehidupan ibu tunggal kepada enam anak ini penuh dengan 'drama' dan cuba untuk meraih simpati.

“Ku meniti awan yang kelabu. Ku tempuhi lorong yang berliku. Mencari sinar yang menerangi. Kegelapanku... Ku percaya nanti suatu masa. Sang suria kan menyinar jua. Membawa harapan yang menggunung. Bersamanya...” . Belum sampai chorus lagi Kaklong dah menggigil ni... Seriously lagu #PelangiPetang nyanyian bintang lagenda kita, Allahyarham Sudirman Haji Arshad ini sangat dalam penjiwaannya, lirik yg puitis dgn syahdu gaya nyanyiannya. Lagu ni dh sempurna segala sifatnya. Kaklong jadi ketaq lutut nak menyanyi lagu ni.. ??? . Dua kali dah Kaklong dapat lagu lelaki. Memang tak mudah sbb vocal key berlainan lebih2 lagi lagu dari penyanyi hebat spt ini. Kaklong memang nervous, seram sejuk & segala macam rasa lah... ??? . Korang jgn lupa doakan Kaklong tau. Hafal lagu ni & fahamkan betul2. Malam Ahad nanti korang kena bantu Kaklong utk kita nyanyi bersama.. ❤️??? . ? @blackpepperproduction ?@hafiztaharim . #MindOrder #MindOrderManagement #Amelina #AmelinaxMindOrder #GengKaklong #TeamAmelina #GV5 #GV2018 #GegarVaganza #TakutnyaNyanyiLaguLagenda #CabaranMakinMelampau #KaklongRinduDangdut #KorangTolongPleaseee @amelinasoul @mindorder

A post shared by AMELINA AMIR (@amelinaamirsharipuddin) on


Menjawab tuduhan terbabit, pelantun lagu Semakin Rindu Semakin Asyik ini enggan melatah.

"Apa yang anda lihat di kaca televisyen, itulah saya. Saya hanya menjadi diri sendiri. Apa gunanya berdrama atau meraih simpati kerana dalam program ini, saya dinilai juri profesional menerusi aspek persembahan yang ditonjolkan saban minggu, bukannya dari segi drama atau simpati.

"Saya hanya menonjolkan kemampuan yang ada, menjadi diri sendiri dan memberikan yang terbaik untuk peminat yang tidak pernah penat menyokong. Orang hanya boleh bercakap dan pandai menuduh tetapi mereka sendiri tidak pernah berada dalam situasi yang saya hadapi," kata Amelina.

Terus berusaha gigih untuk menyemarakkan kembali perjalanan seninya, Amelina sudah mempunyai perancangan tersendiri untuk mengubati kerinduan peminat.

Minggu 4 GV5 lebih membara rentaknya bersama Ratu Dangdut Malaysia @amelinaamirsharipuddin yang menyampaikan lagu #TakPernahHilang bersama pasangan duet, Sam Innuendo untuk tema 'Bergegar Bergabung'. . Management: @mindorder Fans Club: @amelinasoul Makeup: @jijiezainal Hair: @shasya_balqisya Designer: @razman_razmikualalumpur T-shirt FC: @ir.signature Photographer: @badrulazhar_ . #MindOrder #MindOrderManagement #Amelina #AmelinaxMindOrder #AmelinaShowTime #RatuDangdutOnMic #GV5 #GV2018 #GegarVaganza

A post shared by AMELINA AMIR (@amelinaamirsharipuddin) on


"Saya bakal muncul dengan single dangdut yang memang menjadi permintaan peminat. Namun begitu, saya juga bakal menghadiahkan peminat dengan single dalam genre lain.

“Something new for me; Keep your circle small. Then you will see the real quality. Always trust your instinct...” ❤️??? . ? @razman_razmikualalumpur ? @bynanaazman . #MindOrder #MindOrderManagement #Amelina #AmelinaxMindOrder #GengKaklong #TeamAmelina

A post shared by AMELINA AMIR (@amelinaamirsharipuddin) on


"Sama ada single dalam genre balada, pop atau rock, peminat harus menantikannya. Semuanya masih berada dalam fasa perbincangan bersama pihak pengurusan," katanya lagi.

Bersiaran selama lapan minggu, GV5 ditayangkankan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.

Layari laman web www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut mengenai GV5.