Penyanyi Danny X-Factor bersyukur kerana akhirnya selepas tujuh tahun berumah tangga isterinya hamil dan bakal menimang cahaya mata.

Pemilik nama sebenar Mohd Khardanie Anwa, 38, berkata ia anugerah yang telah lama dinantikan oleh mereka.

“Hari ni saya nak kongsi berita gembira untuk semua kenalan atau sahabat semua.

“Video ni date 5 Julai 2018.. now dah usia 5 Bulan kandungan my Wife... Esok nk pi scan detail ..

“Doakan yg terbaik tuk kami ya.. Alhamdullilah Syukur padaMu Ya Allah.. Selepas 7 Tahun.. Menunggu Anugerah ini..,” tulisnya.

Danny berkongsi berita gembira tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.

Menerusi entri tersebut dia berkongsi rakaman video yang diambil ketika mula-mula isterinya disahkan hamil dari alat kehamilan.

Rata-rata turut bersyukur dan mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.

Hari ni dipagi2 ini ambo nk kongsi berita gembira tuk semua kenalan/sahabat semua.Video ni date 5Julai 2018.. now dah usia 5 Bulan kandungan my Wife... Esok nk pi scan detail .. Doakan yg terbaik tuk kami ya.. Alhamdullilah Syukur padaMu Ya Allah.. Selepas 7 Tahun.. Menunggu Anugerah ini.. ??‍?‍? ...

A post shared by Danie Anwa (@danianwa) on