Peserta Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM2018), Man mengakui gandingannya bersama Tauke bukan untuk mengantikan tempat arwah Yus Jambu.

Menerusi entri di Instagram (IG), Man menjelaskan kehadirannya adalah untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh arwah Yus Jambu.

"Jom kita sedekahkan AL-Fatihah kepada arwah Pak Yus. Aku bukan ganti tempat arwah. Arwah tiada pengganti.

"Dia tetap legend dihati peminat-peminat @jamburians, aku cuma meneruskan hidup mengisi kekosongan yang ada.

"Semoga dipermudahkan segala urusanku Ya Allah. Amin," tulisnya.

Man akan bergandingan bersama Tauke dalam satu kumpulan iaitu Taman untuk memberikan saingan dalam MLM 2018 pada tahun ini.

Selain Taman, MLM 2018 turut disertai oleh Abata, Joras, Kiut, Masin, Abioso, Zero, Chilok, Dany Beler, Hilmy Ashley, Bocey, Shiro, Puteh dan 2B.

MLM 2018 akan bersiaran bermula 2 November ini pada pukul 10 malam menerusi Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124), Astro GO dan ‘On demand’.