Penyanyi dan bintang Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Hetty Sarlene kesal apabila ada pihak yang melemparkan kata-kata kesat terhadap dirinya di media sosial.
Menerusi entri di Instagram (IG), Hetty menjelaskan orang ramai tidak mengetahui keadaan kesihatannya yang sebenar sebelum melakukan persembahan di pentas GV 5 pada minggu lalu.
"Kadang-kadang orang tak faham situasi kita yang sebenarnya. Malah ada yang lontarkan kata-kata kesat pada Hetty.
"Negative vibes. It’s okay, Hetty dah maafkan pun. Sakit itu penghapus dosa kita. Semoga Allah swt melindungi kita semuanya.
"Sekali lagi saya memohon maaf, yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk datang dari yang selainnya.
"Doakan semuanya berjalan dengan lancar Ahad Ini. Amin yarabal alamin. Gambar yang diambil oleh manager saya semasa saya Tak sihat. Thank you Kak @syurganur770 kerana memahami," tulisnya.
Rata-rata mendoakan agar Hetty segera sembuh dan dapat melakukan yang terbaik pada konsert pada minggu ini.
Bersiaran selama lapan minggu, GV5 boleh ditayangkankan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.
Layari laman web www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut mengenai GV5.
Pelakon Dr Pontianak Alami Kisah Mistik Diganggu Hantu! | Singgah Set
Kimberly Chuah bagitahu kat Cik Bam yang diorang diganggu perkara mistik ketika penggambaran Dr Pontianak. Sharifah Sakinah pulak tak puas hati Cik Bam datang time dah nak habis waktu shooting. Mierul Aiman sempat bagi pickup line kat Cik Bam.
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #DrPontianak
Mulai 3 Mei 2024, setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna dan Strim Astro GO
Terbitan: KL MOTION PICTURES CO.
Arahan: Wan Alauddin (Alak) & Wan Hasliza Wan Zainuddin
Bersama dengan Mierul Aiman, Sharifah Sakinah, Kimberly Chuah, Rashidi Ishak, Sathis Varan & pelakon-pelakon hebat yang lain.
#AstroBaharu #DrPontianak #AstroBaharu #TakMacamDulu #BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita