Memang menarik dan nampak sungguh menyeronokkan. Mungkin kali pertama Fara Fauzana atau Fafau backpacking ke India dan keterujaan jelas pada wajahnya.



Beratur panjang untuk melihat matahari terbit di Taj Mahal, perjalanan menaiki keretapi dan pelbagai lagi pengalaman dikongsi oleh Fafau di Instagram beliau.



Malah banyak tips yang bagus turut diberikan dan sangat berguna untuk anda yang mungkin pertama kali mahu ke India dan melawat tempat-tempat menarik di sana.

J E M U R K A I N . Moga luka luka dihati cepat kering ... . Nota : mohon semua jgn muntah ramai ?? more pict more drama kat ig story hahahah

A post shared by FARA FAUZANA (@therealfafau) on


Kelakar juga melihat Fafau berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dengan kanak-kanak di sana. Semuanya anda boleh lihat di IG Story Fafau di Instagram @therealfafau

Harap Fafau seronok melihat negara orang dan mungkin pengalaman bila habis backpacking nanti boleh dikongsi bersama. Enjoy!

Kredit: Instagram @therealfafau