Pelakon dan pengacara Neelofa mengakui percutiaannya ke Maldives baru-baru ini adalah untuk memenuhi undangan jenama hotel tersohor dunia, Conrad Hotels bagi menjayakan projek video khas kelolaan mereka.

Menurut Neelofa, dia telah menerima undangan tersebut beberapa bulan yang lalu oleh sebuah syarikat produksi yang berpangkalan di Singapura.

“Sepanjang berada di sana, ada beberapa aktiviti dirakamkan sekitar pantai dan hotel The Muraka untuk tujuan promosi oleh pihak Conrad Hotels.

“Tidak hanya saya, ada beberapa individu lain dari Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah turut terlibat dalam projek ini,” katanya.

Menurut Neelofa, dia sepatutnya berada di sana selama dua hari sahaja.

Namun, disebabkan ingin berehat, pengacara MeleTOP itu menyambung percutian selama dua hari lagi.

Sebelum ini, Neelofa menjadi perhatian ramai apabila menginap di sebuah bilik kaca bawah laut The Muraka yang bernilai sekitar AS$50,000 (RM200,000) untuk satu malam.

Sumber: Kosmo Online