Bintang Gegar Vaganza 5 (GV5), Azza daripada kumpulan Elite berkongsi rasa kecewanya tidak sempat menyarung headgear untuk program itu ekoran tersingkir awal.

Bagaimanapun, Azza akhirnya 'mewariskan' headgear hitam itu buat Amelina yang telah dipakai pada konsert kelima Ahad lalu.

"Kesian ku tak sempat pakai... Nasib Amelina pakai," tulisnya menerusi Instastories baru-baru ini.

Bagaimanapun, headgear itu menjadi bahan jenaka pengacara Nabil Ahmad pada malam konsert terbabit dan dipanggil dengan pelbagai gelaran.

Amelina yang menyanyikan lagu Pelangi Petang (Allahyarham Sudirman Arshad) menduduki tangga kelima pada konsert terbabit.

Manakala, untuk minggu keenam, Amelina bakal menyanyikan lagu Seroja (Search).

Bersiaran selama lapan minggu, GV5 boleh ditayangkankan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.

Layari laman web www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut mengenai GV5.