Anggota kumpulan Forteen, Izzue Islam tidak terasa hati apabila ada netizen yang mengkritik persembahan vokalnya dalam Gegar Vaganza musim kelima (GV5).

Menyedari perkara tersebut, Izzue mengakui dia mengambil komen negatif sebagai satu cabaran untuk memperbaiki diri.

"Saya sedar dari dulu lagi. Berbanding anggota kumpulan lain, saya mempunyai banyak kekurangan. Tetapi, setiap orang ada kelebihan masing-masing.

"Kami sudah tertubuh selama tujuh tahun dan sudah mendengar kritikan terbabit semenjak awal penubuhan Forteen. Saya sendiri sedar yang saya harus banyak memperbaiki diri dan vokal.

Sempena minggu duet ni, @official.forteen & abang @shafierioofficial berduet lagu cok cok kendong! Sape penah dgr lagu ni? ? full video ade kat youtube izzueislamTV ? tekan link kat bio ☝️ #GegarVaganza #GV2018 #ForteenGV5

A post shared by i z z u e i s l a m (@izzueislam) on

Kami adalah pengumpul syiling lama yg berjaya, berkaliber & hensem. Tolonglah percaya! ? . Terima Kasih ♥️ @awinnurin ? @aruelariel ?? @haizahanafi ? @jakel_shahalam ? @izzuexclusive ? @zapatos.style @zapatoscatalog ✍️ @shaim.jauhari_mua ? @ezd_acoustic_my ? @petchmono . #Forteen #ForreenGV5 #GegarVaganza #ApaLagiKauMahu

A post shared by i z z u e i s l a m (@izzueislam) on


"Saya sudah lali membacanya... Jika komen negatif dibaca sekali imbas, memang pedih dan menyakitkan hati tetapi saya sendiri harus menukarnya kepada positif. Saya jadikan ia saranan untuk memajukan diri," katanya.

Mengakui mereka berempat memberikan usaha terbaik setiap minggu, Izzue harus memberikan usaha lebih berbanding One, Ameer dan Ariz.

"Saya akui setiap minggu kami memberikan usaha terbaik. Tetapi, saya menyedari yang saya banyak kekurangan berbanding mereka.

"Jika mereka bertiga memberikan 100 peratus usaha, saya harus gandakannya menjadi 200 peratus. Saya anggap pertandingan ini sebagai medan untuk belajar dan mencuba sesuatu yang baru.

"Pada masa yang saya, kami memberikan usaha terbaik untuk peminat yang sentiasa menyokong serta mengambil komen juri profesional dengan serius untuk memperbaiki persembahan kami saban minggu," katanya lagi.

Cer korang bagi nama setiap sorang yg paling ngam dgn muka kami skrg. Yang paling ngam akan dipilih & kitorang akan bagi hadiah! ? . Thank You Manager : @awinnurin ? @asyrafnohkualalumpur ? @clarksshoes #ClarksForLife ? @ezd_acoustic_my ✍️ @shaim.jauhari_mua ? @petchmono . #Forteen #ForteenGV5 #IzzueIsam #GegarVaganza #ApaLagiKauMahu

A post shared by i z z u e i s l a m (@izzueislam) on

Ok tak kalau kitorang kekalkan fesyen ni? Komen ? kalau setuju & komen ? kalau tak setuju! Tapi tolonglah setuju please! ?? . Thank you ? @asyrafnohkualalumpur ? @clarksshoes #ClarksForLife ✍️ @shaim.jauhari_mua ? @ezd_acoustic_my ♥️ @awinnurin . #Forteen #ForteenGV5 #GegarVaganza #ApaLagiKauMahu

A post shared by i z z u e i s l a m (@izzueislam) on


Bersiaran selama lapan minggu, GV5 boleh ditayangkankan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.

Layari laman web www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut mengenai GV5.